AKIDAH




1. PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN

1.       MAKSUD IMAN
-          DARI SEGI BAHASA :
�         percaya
-          DARI SEGI ISTILAH :
�         Membenarkan di hati, mengakui dengan lidah dan beramal dengan anggota
 
2.       KEPENTINGAN IMAN DALAM KEHIDUPAN SEORANG MUSLIM
-          membentuk insan muslim sejati
-          supaya istiqamah dalam ibadat
-          melahirkan generasi berakhlak mulia
 

 
3.       PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MEMBATALKAN IMAN
�         SYIRIK
�         MAKSUD : menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan af'alnya
�         JENIS-JENIS SYIRIK :
1.         Syirik Jali
-    Maksud :
�         perlakuan syirik secara terang-terangan
-    Contoh :
�         menyembah patung dan berhala
�         menyembah bulan atau matahari
�         mengaku nabi Isa sebagai anak tuhan
-    Akibat :
�         rosak akidah, berdosa besar, mendapat azab di akhirat
 
2.         Syirik Khafi 
-    Maksud :
�         tidak meletakkan Allah sebagai yang mutlak dalam niat terutama dalam ibadat
-    Contoh :
�         riak (menunjuk-nunjuk kehebatan diri),
�         ujub (mengagumi diri sendiri),
�         takbur (membangga diri)
-    Akibat       :
�         dibenci masyarakat, hilang kawan dan sahabat
�         sukar menerima pandangan orang lain
 
3.       Perbuatan mensyirikkan Allah haram kerana :
�         Ia membatalkan iman seseorang
�         Orang yang mengamalkan perbuatan itu dengan sendirinya menafikan kekuasaan Allah
�         Masyarakat menjadi bimbang dan seterusnya terikut-ikut terhadap pantang larang kesan dari kepercayaan syirik
�         Mencemarkan kesucian agama Islam
 
4.       Cara mengelak perbuatan syirik
�         Masyarakat Islam hendaklah didedahkan dengan ajaran Islam secara meluas
�         Tanamkan keyakinan yang teguh terhadap kekuasaan Allah bermula dari kanak-kanak lagi
�         Masyarakat Islam hendaklah didedahkan dengan pengetahuan bahaya syirik
 
5.       Kesan syirik
�         Membatalkan iman
�         Hilang keyakinan terhadap kekuasaan Allah
�         Dimurkai Allah
 

�         KUFUR
�         MAKSUD :
-          tidak percaya kepada Allah serta mengingkari ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W

�         JENIS-JENIS KUFUR :
1.       Kufur Hakikat :
-    Maksud :
�          ingkar atau menafikan rukun iman dan menolak syariat yang dibawa oleh Rasulullah
-    Contoh :   
�          tidak mengakui balasan diakhirat
�          menolak hukum yang terdapat dalam al-quran
�          menyatakan solat fardhu merugikan masa
�          menyatakan berpuasa ramadhan melemahkan ekonomi
2.       Kufur Nikmat :
-    Maksud :
�          mengingkari Allah sebagai pemberi nikmat kepada manusia dan makhluk ciptaan
-    Contoh :   
�          menggunakan nikmat kejalan maksiat
�          enggan mengeluarkan zakat / sedekah
�          boros membelanjakan harta

�         FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN SESORANG ITU BOLEH MENJADI KUFUR :
�      pegangan agama yang lemah menyebabkan seseorang tidak dapat membezakan antara perbuatan yang membawa dosa atau pahala
�      terpengaruh dengan hawa nafsu yang inginkan keseronokan dan kebebasan
�      kesempitan hidup menyebabkan seseorang sanggup melakukan kufur untuk memenuhi keperluan hidup

�          KESAN PERBUATAN KUFUR �.


�         RIDDAH
�         MAKSUD :
-          berpaling atau keluar daripada agama islam

�         SESORANG ITU BOLEH DIANGGAP MURTAD MELALUI 3 CARA
-            Iktikad, apabila berniat hendak meninggalkan agama islam
-            Perkataan, apabila mengisytiharkan dirinya keluar daripada agama islam
-            Perbuatan, menganut agama selain daripada agama islam

�         SEBAB / FAKTOR YANG MENYEBABKAN RIDDAH
-            lemah pegangan agama
-            jahil tentang akidah dan hukum-hukum islam
-            terpengaruh dengan tawaran kebendaan

�         AKIBAT BURUK SETELAH MURTAD
-            hubungan suami isteri terfasakh
-            haram menerima harta pusaka daripada waris beragama islam
-            haram dikebumikan diperkuburan Islam
-            menjadi penghuni neraka selama-selamanya

�         CARA BERHADAPAN DENGAN ORANG MURTAD
-            memberi nasihat supaya dia bertaubat dan kembali kepada agama Islam
-            memberi perlindungan atau bantuan sekiranya dia golongan muallaf
-            pemerintah hendaklah menguatkuasakan hukum

�         TINDAKAN YANG PERLU DILAKSANAKAN KEPADA ORANG MURTAD
-           menasihati dan memintanya bertaubat ( sebanyak 3 kali ) supaya kembali kepada Islam
-           sekiranya masih berdegil, ia wajib dibunuh

�         HIKMAH ISLAM MENGANJURKAN HUKUMAN BUNUH TERHADAP ORANG MURTAD
-            memberi amaran bahawa agama islam tidak boleh dipermain-mainkan
-            mengelakkan perbuatan riddah yang mencemar kesucian agama islam
-            menghindarkan masyarakat islam daripada berpecah belah dan huru-hara

�         LANGKAH MENGELAKKAN DIRI DARIPADA MURTAD
-           berpegang teguh dengan ajaran islam
-           menghindari daripada sebarang perbuatan, fahaman dan percakapan yang boleh membawa kepada riddah
-           mendalami ilmu-ilmu agama

�         LANGKAH UNTUK MENGATASI MASALAH MURTAD
-           memberi pendidikan agama dengan sebaiknya kepada setiap orang Islam
-           memberi kefahaman kepada orang Islam tentang akibat buruk perbuatan murtad
-           mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang murtad

�         KESAN PERBUATAN MURTAD �


�         KHURAFAT
�         MAKSUD
-            Kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama islam sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat

�         CONTOH-CONTOH PERBUATAN KHURAFAT YANG MASIH DIAMALKAN
-            mempercayai azimat yang boleh menahan sesuatu bahaya kepada seseorang
-            mempercayai binatang seperti burung boleh membawa tuah atau sial
-            membuang ancak bagi menghalau hantu
-            mengunjungi kubur yang dianggap keramat

�         FAKTOR PERBUATAN KHURAFAT MASIH LAGI WUJUD DIKALANGAN UMAT ISLAM
-            iman yang kurang mantap kepada Allah menyebabkan sukar membezakan amalan benar dan khurafat
-            terpengaruh dengan masyarakat yang bebas mengamalkan perkara khurafat
-            ingin mencari jalan mudah untuk menjadi kaya dan terkenal

�         CARA MENANGANI & MEMBENTERAS PERBUATAN / AKTIVITI KHURAFAT DIKALANGAN MASYARAKAT ISLAM
-            menggiatkan usaha-usaha dakwah dan majlis-majlis ilmu di semua lapisan masyarakat
-            mengenakan hukuman berat kepada mereka yang terlibat mempengaruhi orang ramai dengan perkara khurafat
-            mengawasi tempat-tempat yang dianggap keramat oleh masyarakat

�         AKIBAT BURUK JIKA MEMPERCAYAI / MENGAMALKAN PERBUATAN KHURAFAT
-            menyebabkan syirik dan batal iman
-            membazir masa, tenaga dan harta dengan perkara sia-sia
-            menyekat akal berfikir secara logik dan sistematik


�         SIHIR
�         MAKSUD
-            ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib, iaitu dengan bantuan syaitan atau jin bertujuan memudharatkan atau mengelirukan manusia

�         CONTOH
-           menggunakan jin atau syaitan melalui santau / guna-guna
-           mengamalkan perubatan dengan mendekatkan diri kepada jin disertai dengan penyembelihan haiwan
-           pertunjukan silap mata yang menggunakan kuasa makhluk-makhluk halus

�         PUNCA BERLAKUNYA PERBUATAN SIHIR
-           perasaan dendam seseorang terhadap orang lain
-           iri hati dengan kelebihan atau kedudukan seseorang
-           ada perasaan benci terhadap seseorang

�         CARA MENANGANI PERBUATAN SIHIR
-           mengambil tindakan tegas terhadap orang yang melakukan perbuatan sihir
-           menerapkan ajaran islam secara menyeluruh dan mendalam kepada masyarakat
-           tidak memberi sokongan atau kerjasama dengan orang yang melakukan perbuatan tersebut

�         AKIBAT BURUK JIKA MENGAMALKAN SIHIR
-            merosakkan akidah dan membatalkan iman
-            memecah-belahkan masyarakat dan menimbulkan fitnah
-            hilang pergantungan kepada Allah kerana mendapat bantuan syaitan

�         HIKMAH ISLAM MENGHARAMKAN SIHIR
-           supaya akidah seseorang tetap terpelihara
-           supaya orang Islam dapat hidup dlam keadaan yang aman dan sejahtera
-           supaya persengketaan dan permusuhan dapat terhindar

�         CARA MENGELAKKAN DIRI DARIPADA TERKENA SIHIR
-           membaca ayat-ayat kursi setiap kali selesai solat
-           membaca surah al-Ikhlas dan sebagainya
-           banyak berlindung dengan kalimah-kalimah Allah


�         NIFAK
�         MAKSUD
-            Berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada Allah

�         CIRI-CIRI ORANG MUNAFIK
-           berdusta apabila bercakap
-           khianat apabila diberi amanah
-           bersikap melampaui batas apabila bertengkar
-           selalu mungkir janji

�         CARA MENGELAKKAN DIRI DARI MEMILIKI SIFAT MUNAFIK
-           meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah
-           bercakap benar apabila berbicara
-           bersifat jujur dan amanah
-           menunaikan janji

�         AKIBAT BURUK JIKA MENGAMALKAN SIKAP NIFAK
-            menghilangkan sikap percaya-mempercayai
-            melemahkan perpaduan masyarakat
-            menghancurkan kekuatan umat islam



4.       CARA MENGELAKKAN TERBATALNYA IMAN
�         Berpegang teguh pada ajaran Allah
�         Mematuhi segala suruhan dan meninggalkan segala larangan Allah
�         Menghindarkan semua perbuatan yang boleh membatalkan keinanan kepada Allah
 
5.       KESAN BURUK SEKIRANYA IMAN TERBATAL
�         Segala amal ibadat tidak diterima oleh Allah
�         Amal kebaikan yang dilakukan sia-sia dan tidak mendapat apa-apa ganjaran daripada Allah
�         Dilaknat dan dibenci oleh Allah
�         Terputus hidayat dan rahmat daripada Allah
 
6.       PERBANDINGAN IMAN ORANG FASIK, MUNAFIK DAN IMAN YANG SEMPURNA
ORANG FASIK
�         Tidak beriman sepenuhnya kepada Allah
�         Masih melakukan perbuatan yang dilarang Allah
ORANG MUNAFIK
�         Keimanan mereka berpura-pura sahaja
�         Menunjukkan diri mereka beriman kepada Allah, tetapi hakikatnya mereka adalah musuh Allah
ORANG YANG SEMPURNA IMAN
�         Terus sujud dan memuji Allah jika dibacakan ayat-yat Allah
�         Sentiasa berdoa kepada Allah dengan penuh harapan
�         Sentiasa membelanjakan harta pada jalan kebaikan

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Gambaran Umum Pencemaran Udara di Indonesia

Dampak Pencemaran Udara di Indonesia

Contoh Abstraksi : Optimasi Sistem Pengendalian Pajak Melalui Pembuatan Laporan Keuangan Pajak Online dalam Upaya Meningkatkan Keadilan Sosial untuk Masyarakat di Indonesia (ABSTRAKSI)